Monday 19 November 2012

Pengarah Filem Muda - Syamsul Yusof

Assalamualaikum Semua...
IrfanOne tertarik di dalam MStar Online mengenai Pengarah filem muda Syamsul Yusof yang mengakui sedang mendalami ajaran agama Islam... Mari kita sama-sama menghayatinya...
Sekadar Hiasan
KUALA LUMPUR: Pengarah filem muda Syamsul Yusof mengakui sedang mendalami ajaran agama Islam sejak kebelakangan ini agar menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata, perubahan itu dilakukan sedikit demi sedikit dengan mendekati golongan ilmuwan Islam selain belajar mendalami agama tersebut menerusi buku.

"Sekarang ini saya mahu mendalami Islam kerana saya merasakan diri ini benar-benar cetek dalam pengetahuan agama.

"Bukan itu sahaja, saya turut berkongsi kepada peminat apa yang telah dipelajari di Facebook dan Twitter.

"Bersempena dengan tahun baru Hijrah ini, tak kiralah daripada segi peribadi dan kerja, saya ingin menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online.

Tambah Syamsul dia juga percaya golongan remaja di luar sana turut mempunyai masalah yang sama di mana mereka masih tercari-cari landasan hidup menyebabkan dia mahu berkongsi mengenai Islam menerusi pelbagai medium termasuk filem.
Sekadar Hiasan

Sementara itu, pada Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang diadakan pada Rabu lalu, Syamsul yang merupakan penyanyi undangan berjaya mempersembahkan sebuah zikir berjudul Ya Rabbi bersama saudaranya Dr. Anwar Fazal Abu Bakar (Burn & Soul).
Syamsul hadir turut menyanyikan lagu ciptaannya sendiri iaitu Ya Rabbi.
Terlalu menghayati lirik, air mata Syamsul turut tertumpah tatkala mengalunkan lagu yang merupakan latar filem Khurafat itu.

Sekadar Hiasan

Ditemui selepas habis konsert tersebut, dedah Syamsul, dia menghantar pesanan melalui laman Twitter kepada Hafiz untuk menyatakan hasrat menyertai konsert penyanyi nasyid itu.

Sekadar Hiasan

“Sebenarnya saya peminat setia Hafiz Hamidun dalam diam. Jika saya boleh berkongsi bab agama tidak kira dari segi lagu atau filem saya akan dekatkan diri ke arah itu,” jelasnya.
Bagus! kaedah dan cara Pengarah Muda ini menjalankan dakwah beliau kepada umat manusia / masyarakat khususnya kepada para belia sekarang.

Taman Tema Waterworld i-City Shah Alam Seksyen 7

 
SHAH ALAM - Taman Tema pertama di Asia Tenggara bernilai RM25 juta, WaterWorld@i-City yang menampilkan permainan tunggangan Tornado Ride yang setinggi tujuh tingkat telah dibuka semalam dengan sasaran pulangan semula modal dalam tempoh dua tahun.
 
 
Pengarah I-Berhad, Monica Ong berkata, syarikat berkeyakinan untuk mencapai sasaran tersebut kerana pada masa ini i-City telah berjaya menarik 90,000 pengunjung setiap minggu.
 
"Kami beroperasi dengan kapasiti penuh yang menyaksikan sejumlah 5,000 pengunjung berkunjung ke sini hari ini.
 
 
"Jadi, kami menjangkakan taman tema ini yang memiliki komponen riadah keempat di i-City bakal menjana peningkatan luar biasa 30 peratus daripada 90,000 pengunjung setiap minggu," katanya.
Beliau berkata demikian semasa previu media untuk melihat tarikan yang disediakan di taman tema itu di sini semalam.
 
Mengulas mengenai permainan Tornado Ride itu, Ong menerangkan, ia telah terkenal di Kanada sejak sembilan tahun lalu kerana pengalaman tunggangannya yang begitu menyeronokkan.
 
 
"Dalam masa selama 28 saat, mereka yang menaiki permainan ini akan merasakan debaran dan keseronokan yang tidak dapat digambarkan.
 
"Membina Tornado Ride yang pertama di rantau ASEAN merupakan usaha syarikat seiring dengan matlamat i-City untuk menjadi hab berasaskan teknologi yang memiliki konsep komersial dan riadah," katanya.
 
 
Ong menerangkan, Waterworld@i-City beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam setiap hari dan dari 9 pagi hingga 7 malam pada hujung minggu dan cuti umum atau sekolah.
 
 
Beliau berkata acara atau majlis persendirian juga boleh diadakan di taman tema ini mulai pukul 7.30 malam hingga 12 tengah malam.
 
"Tiket-tiket biasa berharga RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.
 
Sekadar Hiasan
 
Sekarang ini kami ada promosi cuti sekolah dengan tiket berharga RM50 setiap seorang termasuk ke Snowalk," she said.
 
Tarikan lain ialah jakuzi gergasi, pelbagai jenis gelongsor untuk kanak-kanak dan dewasa serta kolam mandi untuk kanak-kanak.

Thursday 8 November 2012

Bumi Akan Bergelap 23,24 Dan 25 Disember Ini? Benarkah?

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Gambar Sekadar Hiasan

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya.
Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa.
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti.

Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.

Wednesday 7 November 2012

Adab Memakai Barang Kemas Untuk WaNiTA

Wanita memang terkenal sebagai golongan yang suka berhias bukan sahaja di badan malah di setiap tempat. Disebabkan itu, kaum hawa ini lebih rajin berkemas di rumah dan mengutamakan kebersihan diri dan kecantikan diri agar nampak berseri setiap hari. 

Gambar Sekadar Hiasan

 
1.TIDAK MEMBAZIR
Tiada barang kemas asli yg dijual dengan harga murah . Senipis mana pun ia masih tetap dijual pada harga yg tinggi . jika anda berkemampuan , tidak salah untuk membeli sebanyak mana yg anda inginkan kerana ia juga merupakan satu pelaburan untk jangka masa panjang . lihat kemampuan diri sebelum membeli . Tidak perlu berlaku pembaziran jika anda tidak berkemampuan seperti membuat pinjaman.
2.BANGGA DIRI
Islam langsung tidak menggalakkan umatnya untuk bersifat riak atau bangga diri kpd org lain . Sifat mazmunah ini adalah kesukaan syaitan yg suka menghasut umat Islam mengikut telunjunknya . Memakai barang kemas terlalu banyak di pegelangan tangan , leher dan juga jari adalah bukti anda suka menunjuk-menunjuk . Ia juga mendatangkan bahaya kerana mampu menarik perhatian perompak untuk mencuri barang kemas anda . Oleh itu , bersihkan hati dan cukuplah menyarungkan sebentuk cincin di jari manis .
3.GELANG BERLOCENG
Acap kali diperkatakan oleh alim ulama bahawa PEMAKAIAN GELANG BERLOCENG DILARANG SAMA SEKALI . ini kerana ia menarik perhatian org lain untuk memandang anda terutama golongan lelaki yg bukan mahram .
4.BENTUK HIASAN
Pelbagai bentuk cincin diukir bagi memenuhi kehendak pelanggan . pemilihan bentuk menyerupai binatang dan seakan-akan tanda salib memang tidak dibenarkan sama sekali . Selain itu , menyarung cincin dijari tengah ataupun telunjuk AMAT DILARANG kerana ia meniru kaum derhaka yg dilaknat oleh Allah SWT semasa zaman nabi Lut AS dahulu . Nabi muhammad SAW pernah berkata kpd Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah berpesan jika memakai cincin , pakailah di jari manis dan kelingking (anak jari).