Wanita memang terkenal sebagai golongan yang suka berhias bukan sahaja di badan malah di setiap tempat. Disebabkan itu, kaum hawa ini lebih rajin berkemas di rumah dan mengutamakan kebersihan diri dan kecantikan diri agar nampak berseri setiap hari.
Gambar Sekadar Hiasan |
1.TIDAK MEMBAZIR
Tiada barang kemas asli yg dijual dengan harga murah .
Senipis mana pun ia masih tetap dijual pada harga yg tinggi . jika anda
berkemampuan , tidak salah untuk membeli sebanyak mana yg anda inginkan kerana
ia juga merupakan satu pelaburan untk jangka masa panjang . lihat kemampuan
diri sebelum membeli . Tidak perlu berlaku pembaziran jika anda tidak
berkemampuan seperti membuat pinjaman.
2.BANGGA DIRI
Islam langsung tidak menggalakkan umatnya untuk bersifat
riak atau bangga diri kpd org lain . Sifat mazmunah ini adalah kesukaan syaitan
yg suka menghasut umat Islam mengikut telunjunknya . Memakai barang kemas
terlalu banyak di pegelangan tangan , leher dan juga jari adalah bukti anda
suka menunjuk-menunjuk . Ia juga mendatangkan bahaya kerana mampu menarik
perhatian perompak untuk mencuri barang kemas anda . Oleh itu , bersihkan hati
dan cukuplah menyarungkan sebentuk cincin di jari manis .
3.GELANG BERLOCENG
Acap kali diperkatakan oleh alim ulama bahawa PEMAKAIAN
GELANG BERLOCENG DILARANG SAMA SEKALI . ini kerana ia menarik perhatian org
lain untuk memandang anda terutama golongan lelaki yg bukan mahram .
4.BENTUK HIASAN
Pelbagai bentuk cincin diukir bagi memenuhi kehendak
pelanggan . pemilihan bentuk menyerupai binatang dan seakan-akan tanda salib
memang tidak dibenarkan sama sekali . Selain itu , menyarung cincin dijari
tengah ataupun telunjuk AMAT DILARANG kerana ia meniru kaum derhaka yg dilaknat
oleh Allah SWT semasa zaman nabi Lut AS dahulu . Nabi muhammad SAW pernah
berkata kpd Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah berpesan jika
memakai cincin , pakailah di jari manis dan kelingking (anak jari).
No comments:
Post a Comment