Monday 8 October 2012

Doktor Perubatan Seorang Hafizah

 
Dr. Nurul Ain Samsuddin (kanan) bersama rakannya, Dr. Ku Siti Farhana Mohd. Noh. PEGAWAI perubatan wanita yang juga merupakan huffaz al-Quran, Dr. Nurul Ain Samsuddin, 26, memberitahu, amalan menghafal mukjizat umat Islam itu telah menyebabkan hidupnya teratur untuk membahagikan masa antara kerjaya dan mengingati semula ayat-ayat kitab suci itu.
 
Lulusan Sarjana Muda Perubatan Universiti Sains dan Teknologi (Just) Jordan itu menyatakan, kesibukannya berkhidmat di Hospital Ampang, Selangor tidak menjadi batu penghalang kepadanya untuk mengingati al-Quran malah memberikan kelebihan kepadanya apabila ayat-ayat diingati itu berlaku secara kebetulan ketika bertugas.
 
"Contohnya pada sebelah pagi saya mengingati dan membaca ayat al-Quran berhubung proses kejadian manusia, tiba-tiba pada sebelah malam saya mengendalikan kes seorang ibu bersalin. Walaupun hanya kebetulan, tetapi saya merasakan ia adalah satu tanda keesaan Allah SWT.
 
"Oleh itu, tidak menjadi masalah, sama ada doktor, jurutera atau lain-lain bidang untuk menghafal al-Quran. Ia terpulang pada diri masing-masing,'' katanya yang berharap penglibatan lebih ramai hafizah.
 
 
 
Doktor muda itu kemudian menyatakan fenomena hafiz al-Quran profesional di Malaysia kini sudah berlaku memandangkan timbul kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz yang mempunyai sukatan sains.
 
 
BIODATA
Nama : DR. NURUL AIN SAMSUDDIN
Umur : 26
Pekerjaan : Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Ampang
Kelulusan :
Sijil Tahfiz Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor 
 
Gambar Hiasan : Muhammad Irfan Rayyan

Irfanone berharap akan mejadi seorang seperti para alim ulamak seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ust Farid Ravi, Ust Syed Norhisham Tuan Padang al-Idrus, Ust Azhar Idrus, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Azhar Idrus, Dr. Harun Din, Sheik Abdul Karim al-Fatani dan ramai lagi para ustaz yang dihormati diluar sana yang tidak jemu mengajar dan membimbing masyarakat ke arah perubahan yang lebih baik sebagai seorang muslim dan muslimah di muka bumi Allah ini...

No comments:

Post a Comment