Sunday, 27 May 2012

Dinar Emas - Ramai Tertanya-Tanya

Dinar Emas : Kemusykilan Tentangnya

Ramai pihak dan golongan individu bertanya pada saya "Apa itu Dinar Emas" & "Untung ker beli Dinar Emas?" Ini jawapan saya mengikut ilmu pengetahuan yang ada dan pengalaman selama 7 tahun dalam bidang emas. Dan diharapkan kepada pihak bijaksana pandai yang mengetahui emas dialu-alukan berkongsi juga...

Baik, jom saya bawa anda semua mengenali apa itu Dinar Emas?

Dinar Emas secara asasnya diertikan sebagai Duit Syilling Emas jika maksud Dinar Emas itu ia adalah logam yang terdiri daripada komposisi Aurum dan mempunyai komposisi logam lain untuk mengikatnya menjadi kukuh dan kuat supaya tidak mudah rosak dan patah. Bentuk Dinar Emas ini biasanya berbentuk bulat seperti duit 10sen sehingga 50sen besarnya.

Dari segi sejarah Dinar yang digunakan sekarang adalah sama dengan Dinar pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab dari segi beratnya iaitu sebanyak 4.25gram. Ketumpatan/ Komposisi emas dalam Dinar adalah 91.60% atau selalu kita lihat simbol 916… inilah yang membawa maksud bahawa 91.60 % daripada logam tersebut adalah Emas atau Aurum. Emas 916 adalah sama juga dengan 22 Karat (22 K). Berbeza pula dengan pembentukan Emas Jongkong atau Gold Bar, di mana ketumpatan / komposisi emasnya adalah sebanyak 99.99 %. Atau lebih dikenali dengan Emas 999 (24 Karat).

Dibawah ini contoh gambar Dinar Emas yang kita boleh lihat:

Rekabentuk Dinar Kelantan Lama
Rekabentuk Dinar Kelantan Baru Rekabentuk Dinar dari Sri Ayu

Soalan ke-2, "Untung ke beli Dinar Emas?"

Baik, sebelum saya menjawab soalan itu... mari kita imbas kembali sekejap. Secara amnya Dinar Emas itu EMAS dan pengeluaran Dinar Emas ini majoritinya dari pelbagai pengeluar / syarikat terutama di Malaysia. Meh kita lihat di Malaysialah dari segi pasaran buat masa ini ialah Dinar Emas Kelantan, kerna apa? Kerana satu-satu negeri di Malaysia yang telah mengamalkan / menggunakan Dinar Emas ini hanyalah di Kelantan setakat ini. Jadi pengeluaran Dinar Emas Kelantan begitu tinggi sehinggakan harga 1gram Dinar Emas Kelantan meningkat hari demi hari dan permintaan Dinar Emas Kelantan ini sangatlah tinggi! jadi tidak mustahil sekarang ini golongan pengumpul emas dan golongan yang lain sibuk membeli dan menyimpan Dinar Emas Kelantan ini.
Saya kongsikan sumber yang saya dapat dari Harakahdaily:

KOTA BHARU, 30 Dis:  
Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.(Rekabentuk baru Dinar Kelantan)

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.
Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu.
Husam menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam.
“Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada,” ujarnya.
Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini, ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah ‘Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram.
Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai ‘hologram’.
Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia.
Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.
“Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012,” ujarnya.
Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan ‘dirham kenangan’ bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.
Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah (cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan.
Sumber Petikan lain:
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dengan rasminya pada hari ini melancarkan Kelab Penyokong Dinar.

Pelancaran itu dilakukan oleh Datuk Al-Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, Yang Dipertua PUM sempena Seminar Seminar Minisiri Dinar Emas di Putra World Trade Centre (PWTC).
Menurut Abdul Halim, penubuhan Kelab Penyokong Dinar ini merupakan sebahagian daripada usaha PUM memberi kesedaran kepada orang ramai tentang dinar emas.

“Untuk merealisasikan usaha memberi kesedaran dan kefahaman menyeluruh kepada masyarakat awam, mengenai peri pentingnya mengembalikan kebangkitan dinar emas dalam muamalah ummah, dan menggerakkan kesedaran tersebut secara dinamik dan berkesan, maka Kelab Penyokong Dinar ini dilancarkan,” ujarnya semasa menyapaikan ucaptama pada seminar itu.


Seminar sehari ini menampilkan beberapa pembentang iaitu Dr Zahimi Chik (Al-Qafilah International), Khalid Noorshah (Gold Dinar Research Group, Universiti Sains Malaysia),Khairudden Hussin (Muamalah Council), Mazli Alias (Penganalisis Pasaran Ekuiti), Redhuan Oon (Pengasas Adempiere), Abdullah Zaidi Hassan (Penyelidik Perpustakaan Islam Nur Az-Zahrah), Haji Ann Wang Seng (Setiausaha MACMA), Rafidi Hashim (Pendakwah) dan Dr Luqman Abdullah (Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya).


Dan sumber terakhir yang tepat sekali:

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekarang ini, kalau kita beli atau jual barang, kita menggunakan dolar Amerika dengan nilai yang kadang-kadang turun, kadang-kadang naik, sedangkan sebenarnya mata wang dolar tidak ada nilai.

“Nilai dolar Amerika ini tidak menentu dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada industri perdagangan negara,” kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan Dinar Emas Larian Sahara 2012 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata dinar emas akan tetap mempunyai nilai di mana saja mengikut berat emas.

Oleh itu, kata Dr Mahathir, adalah penting untuk negara menggunakan dinar emas untuk bayaran jual beli dagangan antarabangsa berbanding dolar Amerika.

Jadi kesimpulannya andalah membuat keputusan samaada hendak mula membeli atau menyimpan....

No comments:

Post a Comment