Thursday 28 June 2012

Astro OASIS 106 - Ust Azhar Idrus

 
Wah... beshnyer...

Harap dapat ilmu yang banyak dari ustaz demi mengakkan ajaran Allah s.w.t di muka bumi Allah khususnya di Malaysia.



Pendakwah bebas yang juga merupakan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus akan bersiaran di Astro OASIS mulai 3 Julai 2012 ini.

Ustaz Azhar Idrus yang kini menjadi fenomena anak-anak muda itu akan bersiaran sebanyak tiga hari seminggu iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis secara langsung pada pukul 7:30 petang diikuti siaran ulangannya jam 11:00 malam.

Tentu sekali ini merupakan berita baik kepada peminat-peminat ceramah agama ataupun kuliyah santai yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, penceramah yang kerap berjenaka ini.

 Oleh itu jangan lupa, mulai 3 Julai ini, jam 7:30 petang tekan channel 106, Astro OASIS untuk mengikuti program bersama Ustaz azhar Idrus.

Sampaikan juga kepada ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan sahabat handai, semoga perkongsian ini memberi manfaat yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

SUMBER:Freemalays

No comments:

Post a Comment