Tuesday 31 July 2012

77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah! Cepat BACA!


KUALA LUMPUR 31 Julai - Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain.

Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini.

Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen. - Utusan Malaysia

Jadi Irfanone berharap kepada semua yang sekarang ini yang masih tertanya-tanya tentang syarikat yang menawarkan skim pelaburan ini harap dapat melihat dengan jelas dan terang bahawa syarikat-syarikat yang tersenarai ini tidak mendapat kelulusan dari BNM.

No comments:

Post a Comment