7 JANGAN !!! Dalam Simpanan
Emas
Ada 7
perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya.Akan saya kupas dalam artikel
bertajuk “7 Jangan dalam simpanan emas ” ini.
1.Jangan
malas
Sebaik
sahaja anda sedar tentang emas,dapatkan info yang berkaitan dengan
emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas,jenis-jenis emas,produk yang ada
di pasaran,dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.Jangan malas untuk mencari
info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.
Ini akan
membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang
menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya.Pastikan anda beli
emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai
pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi
dari syarikat emas yang sedia ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda
dividen.Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat
yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.
Beberapa
syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih
belum selesai kes dengan BNM,oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya.

Tambah
ilmu dengan membaca buku atau cari maklumat di internet
2.Jangan
Menggunakan Ar- rahnu sebarangan
Ramai
yang menyalahgunakan perkhidmatan ar-rahnu kebelakangan ini.Peranan ar-rahnu
ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang
tamak.Siapakah yang tamak?
Orang
yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti
ini:
Katakan
emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya
akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan
mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah
selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara
ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.
Realitinya
ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan
janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual
emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si
penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga
pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya
dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain
Ramai
yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top
mempromosikan sistem ini ialah XXXXX.Paling menyedihkan,mereka
menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang
hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.
Sistem
ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Golongan
kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT
emas.Ini juga harus anda jauhi.Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan
mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.

Ar rahnu
bukan perniagaan dan jangan salah gunakannya
3.Jangan
jual emas anda
Jangan
jual emas anda tanpa sebab.Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga
tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?Emas adalah
aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga
tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti.Jual emas
hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah
2.Hartanah 3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes
5.Keperluan atau terdesak
Jika anda
menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali
dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga
emas,anda boleh menjual semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut
sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda
mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga
emas,tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan
sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal
trend pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga
emas akan menjunam sedikit.
4.Jangan
simpan wang kertas
Jangan
menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya simpanlah sedikit untuk
keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah penyimpan yang terbaik
kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap kali harga emas naik,ia
menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.Jangan
terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah
berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.
Simpanlah
emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang
kemas.

5.Jangan
tunggu
Jangan
terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak
mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas
mahal..jadi masa bila emas murah?
Dulu
harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram pun orang kata
mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang
kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin mahal.Rugilah
golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan
emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini
baru simpan sahaja dah untung,kalau yang meniaga macam mana,lagi untung!
6.Jangan
tolak
Jangan
menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan
Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah
pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita tidak mampu
kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan,tetapi kita boleh
mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah bermula,anda bila lagi?
Perniagaan
gerai kami juga menerima dinar dan dirham,dan anda boleh rujuk senarai
outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang.Saya mencadangkan
agar anda menyertai group perbincangan di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar
dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu
Pasar Muamalat DnD.Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di
sini.Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang
Islam ke tahap yang sepatutnya.
![]() |
Gambar Hiasan |
Sokonglah matawang sunnah Islam
7.Jangan
pentingkan diri sendiri
Setelah
anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan
tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang
emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan
yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan
untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa
akan datang.
Tak guna
jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab
perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat
sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah
cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda
boleh meminta mereka menambah info di internet ..susah-susah suruh saja baca
blog ini.Macam-macam info emas ada.
Sekian
dahulu dari saya..jumpa lagi
Sumber
rujukan: Cikgu dan pengalaman.
No comments:
Post a Comment