
Namun di saat semakin ramai yang celik emas,ramai lagi golongan yang tidak sedar tentang emas.Nanti saya akan kupaskan kategori-kategorinya berdasarkan pemerhatian saya.Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya,tiada kajian khusus mengenainya mahupun untuk menuding kepada siapa-siapa.Berdasarkan pemerhatian saya dan pengalaman berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam apabila berbicara tentang emas.
Berikut saya senaraikan ciri-ciri orang yang celik emas dan buta emas dan peringkat ataupun fasa yang akan dilalui mereka.
Di mana anda / kita? JIKA…..
Celik Emas
1.
Mula sedar tentang emas-lalu membuat research mengenainya sama ada
melalui forum-forum di internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan
bercetak
2.
Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.
3. Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki
emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk
menceritakan tentang emas kepada orang lain pula.
4. Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk
mencari lebih maklumat mengenainya.
5. Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan
dirham,namun untuk mengaplikasikannya sekaligus amatlah payah.Maka usaha untuk
menggunakannya secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di
peringkat awal ini.
6. Mengambil langkah memperkenalkan emas dan perak terlebih dahulu
dan menggalakkan orang lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul,kalis
inflasi dan mengelakkan dari menyimpan wang kertas yang susut nilai.Simpanan
wang kertas hanyalah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on
the spot.
7.
Sedar wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk
mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan.Maka
dengan simpanan emas dan seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat
mengelakkan dari riba secara terus menerus.
” Dan
sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(dari segala yang menyusahkannya)”
8. Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk
memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Ini juga dapat meningkatkan
ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.
Sabda Nabi SAW
“Peniaga yang benar dan jujur lagi
beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan
para Shuhada”
-Riwayat At Tarmizi
Kategori
Peminat Emas
1.
Menjadikan emas hanya untuk mencari keuntungan melalui jual beli
semata-mata-tidak menyebarkan ilmu emas
2. Menyampaikan info tentang emas dan menyimpan emas tapi tidak mampu
mengedarkan emas kerana bukan pengedar emas
3.
Menyimpan emas dan mengedarkan emas sambil menyampaikan info
tentang simpanan emas
4. Menyimpan emas untuk dirinya dan keluarganya sendiri-dan tidak
menyebarkannya.Baginya memadai untuk dirinya sendiri.Alangkah bagusnya jika
golongan ini buang rasa mementingkan diri sendiri dan kasihan kepada golongan
yang buta emas lalu menyampaikan kebenaran…
1. Tidak tahu apa-apa tentang emas.Tidak ada sesiapa yang
menyampaikan tentang kepentingan emas,rahsia wang kertas dan sebab untuk mereka
menyimpan emas.
2. Pernah dengar dan baca tentang emas-tetapi tidak meneruskan usaha
untuk menggali lebih info tentang emas.Akhirnya buta emas.
3. Seseorang telah menyampaikan tentang emas kepada golongan
ini,namun mereka berada di zon selesa menyimpan wang kertas dan langsung tidak
membuka hati untuk mengetahuinya lebih lanjut.Kesilapan golongan ini ialah
kerana merasakan yang penyampai hanya ingin menjual barang dan tak mahu
terlibat.Tak kurang yang takut jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.
4. Menjual emas tetapi dia sendiri tidak menyimpan emas-hanya untuk
keuntungan semata-mata.Sayang kerana si buta emas hanya pandai menjual namun
diri sendiri tidak menyimpan.Yang membeli emas dengan golongan seperti ini juga
jadi penyimpan emas yang tidak tahu apa-apa.Dan diajar untuk ‘buy low,sell high
(konsep pelaburan).Emas adalah simpanan dalam erti kata yang sebenar dan
bukanlah pelaburan semata-mata.Namun menjadikannya pelaburan tak salah,tapi ada
caranya.
5. Langsung tidak tahu mengenai dinar dan dirham.Kalau tahu atau
pernah dengar sekalipun,mereka tak tahu apa fungsinya yang sebenar.Mereka tidak
tahu ia adalah untuk tujuan muamalat (jual dan beli).
6. Tidak kisah dengan riba ,tidak faham,tidak berusaha ambil tahu dan
mengendahkan larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir
Rasulullah SAW.
Kesimpulannya,masyarakat harus celik emas dan
tugas menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas adalah tanggungjawab sosial
dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam Dinar dan Dirham pula tanggungjawab
sebagai seorang Muslim.
Janganlah kita malu menjadi penyimpan emas
mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad.Jihad dalam
menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.
No comments:
Post a Comment