Alhamdulillah..
Ini adalah sedikit sebanyak antara artis-artis wanita yang telah
berhijrah mengikut fitrah Islam.
Boleh dikategorikan sebagai artis muslimah..
Mari kita lihat siapakah gerangannya, dipetik dari Facebook

Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung
di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin,
tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat
ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah
temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu
bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
“Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan
saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar
perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.
“Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat
Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang
sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk
melaksanakannya.
“Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk
memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada
di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya
mengadu,” katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama
rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang
ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut
dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa
helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu
terus disarungkan di kepala.
“Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah
saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak
kecil.
“Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut
dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas
berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira
dengan keputusan saya.
“Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon
selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit
dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan
semula dan doa itu Allah perkenankan.
“Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami
kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya.
Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya
dustakan?
“Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya
bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati,
saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
“Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan
damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan
itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham,” kata anak jati Kota Bharu
Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.
“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan
mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila
sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian
sebab takut disalahertikan niat sebenarnya,bagaimanapun saya yakin lambat laun
semua orang akan mengetahui juga.
“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang
dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya
berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia,
ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih
tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia
Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil
kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah.
Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci
ini.
“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan
ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa,
macam-macam doa saya minta.
“Selama 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang
pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut
memohon ditenangkan hati setiap masa.

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung.
Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah,
saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya
untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga
berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang
sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama
apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,”
katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap
berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada
Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini
bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara
tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke
Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang
tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.“Namun syukurlah,
kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya
juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua
kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada
di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya
digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang
mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya
tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak
ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.
“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan
yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang
semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan
kebelakangan ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin
memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun
selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan
itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan
nasihat dia.
“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta
pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak
menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan
tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

Pelakon Yatt terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada
sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama
itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang
api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima
wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu
berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain
mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan
aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka
yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung
hingga ke subuh.
Alhamdulillah....................
Semakin ramai artis-artis Malaysia yang layak digelar artis
muslimah,
Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kisah-kisah
penghijrahan artis ini.. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment