Apabila Menjejaki Kaki Ke Dalam Kaabah

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik
tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah,
Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke
dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan
Masjidil Haram.
Pagi
itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan
saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu
lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah.
Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya
nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah
kemerah-kemerahan.
Bila
pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka
pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka
pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun
untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah
pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di
buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi
meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani
Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang diamanahkan untuk memegang
kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila
nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan
Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar
Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina
Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan
kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh.
Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran
(An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada
yang berhak menerimanya”
Nabi
bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah
belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia
seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang
kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan
balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua
pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak
kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka
dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu?
Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak
senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula
sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap
ke arahHajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya
berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
Itulah kenangan dan pengalaman yang kita boleh berkongsi apa yang dirasai sebenar oleh Ulamak Tuan Guru Dr Ustaz Harun Din...
No comments:
Post a Comment