

Nape? Lain ker???
Jawapannya:-
- Barang Kemas = Barang perhiasan yang sering dipakai oleh kaum wanita.
- Barang Emas = Barang yang berbentuk ketul dan padat seperti Jongkong Emas & Gold Coin
Nak Kongsi Leh.....
Emas ni terdiri daripada pelbagai jenis ia dipanggil MUTU EMAS.
Ni senarai jenis-jenis Emas:-
24.0k = Emas 999 (Pasaran Malaysia)
22.8k = Emas 950
22.0k = Emas 916 (Pasaran Malaysia)
21.0k = Emas 875
20.0k = Emas 835
18.0k = Emas 750
Camne tahu 24.0k - 18.0k??? Tak Pernah Dengar....
Sebenarnya "k" adalah "karat" adalah yang menentukan KETULENAN emas berdasarkan alat yang dipanggil Densimeter.
Meh Tunjuk Sikit Gambornye...

Ha.... barulah tahu KETUMPATAN emasnyer... dan juga alat ini leh terus tahu apa jenis emas ini start dari Emas 999 - Emas 750. Harga alat ni nak tahu, hampir RM15,000.00, memang puas hati!.
Tapi,
Ada alat lain juga... alat ini dipanggil Alat Pengujian Emas dengan bahan yang digunakan iaitu ASID mengesahkan ketulenan emas dan KUNCI EMAS untuk menetukan Jenis Emas 999 - Emas 750.
Harganya dalam RM4,000.00.

Jadi Camne??? ada faham sikit kan???
Alright, Tahukah kita
Setiap
kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan warna, kekerasan dan sifat fizikalnya,
emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan Tahukah
anda, warna emas bukannya kuning semata-mata, ia boleh juga dihasilkan
menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah
seperti Argentum, Manganese, Copper dan lain-lain.
Di
Malaysia khususnya,
Seperti Emas 24k - 22k kebiasaannya tidak dicop 22k, ia biasanya dicop Emas 999 dan Emas 916,
disini timbul kekeliruan dan sedikit masalah. Kerna apa??? Kerna pembeli emas lazimnya tidak akan
membeli emas bertanda 22k dengan harga emas 916 kerana
- Pertama, emas yang dicop 22k bukan penggunaan standard di Malaysia
- Kedua, emas yang dicop 22k mungkin dihasilkan di India dan ia tidak disahkan ketulenannya di Malaysia bergantung kepada keputusan ujian ketulenan asid.
Ha... mungkin kita kurang jelas, camne nak tahu Cop Emas ini??? Baik, cop jenis emas ini selalunya terletak pada hujung rantai dan gelang emas. Dan pastinya Cop emas ini akan di cop bersama-sama dengan Cop Kedai Emas atau Cop Kilang Emas yang menjual @ menghasilkan emas ini.
Jadi, saya harap perkongsian ini dapat membuka mata kita selama ini yang mungkin kurang jelas tentang emas. Kebiasaannya sampai je kat kedai emas terus je kita pilih mana yang cantik designnyer.. sebaliknya mutu emas yang kita pilih tu mungkin kurang atau sama nilainya. Jadi sekali lagi nasihat saya, hati-hatilah...
Apa-apa komen atau nasihat dari pihak anda bolehlah terus ke Comment ini untuk kita sama-sama berkongsi supaya kita tidak ditindas oleh pihak tertentu.
Salam Ukhwah.
No comments:
Post a Comment