PENDANG – Lebih 20 suri rumah dan warga emas dari 10 kampung menanggung kerugian ribuan ringgit apabila barang kemas milik mereka rosak dan susut nilai setelah ditipu sindiket mencuci emas yang berkunjung ke rumah mereka baru-baru ini.
Mereka mendakwa dikunjungi dua lelaki bersama seorang wanita yang berpura-pura menjual emas Korea, sambil memujuk untuk mencuci emas dengan mengenakan bayaran RM2 setiap satu barang.
Difahamkan lagi, suspek menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dan mereka kurang fasih berbahasa Melayu.
Antara kampung-kampung yang sering menjadi sasaran adalah Kampung Tualang, Minangkabau, Kubur Panjang, Alor Pudak, Tanjung Radin, Kuala Lanjut dan Pulau Keramat.
Mangsa, Che Sam Md Arof, 50, dari Kampung Kuala Lanjut berkata, kira-kira 9.30 pagi dia yang berada di rumah bersama suami dan cucu didatangi dua lelaki bersama seorang wanita memberitahu ingin menjual emas Korea.
“Pada mulanya saya menolak, namun mereka tetap memanggil keluar sambil memaksa saya melihat barangbarang yang dijual. Mereka juga menawarkan untuk mencuci rantai tangan saya.
“Namun saya menolak, menyebabkan seorang daripada mereka bertindak membuka rantai tangan yang dipakai ketika itu,” katanya.
Che Sam berkata, rantai tangan itu dibeli kira-kira tiga tahun lalu berharga RM2,000, namun selepas mencucinya didapati beratnya semakin susut.
“Jangkaan saya tepat setelah ke kedai emas untuk mengesahkan berat rantai tangan itu semula.
“Saya kerugian hampir RM3,000 dengan nilai harga emas itu masa kini RM602 sahaja,” katanya.
Sementara itu seorang lagi mangsa, Jah Taha, 66, berkata, dia turut kerugian kira-kira RM2,000 apabila seutas rantai tangan seberat 9.55 gram yang baru dibelinya rosak selepas mencuba perkhidmatan mencuci itu memandangkan bayaran yang dikenakan untuk mencuci emas di kedai jauh lebih tinggi iaitu RM10 setiap satu.
Jah berkata, dia baru sebulan membeli rantai tangan itu hasil wang simpanan menoreh getah, namun sedih setelah melihat rantai tangan itu rosak dan semakin susut beratnya.
Katanya lagi, mereka mencuci emas menggunakan sejenis cecair yang digoncang bersama barang kemas dalam botol selepas dipanaskan dengan api.
“Keadaan air di dalam botol itu berwarna kuning selepas dicuci dan saya tidak mengesyaki apa-apa ketika itu.
“Saya berharap agar pihak boleh dapat mengambil tindakan tegas membanteras sindiket terbabit, agar tidak ramai lagi yang menjadi mangsa,” katanya.
Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan kejadian sama yang turut membabitkan suri rumah di Pendang, apabila dua rantai tangan bersama sebentuk cincin rosak dan susut beratnya.

No comments:
Post a Comment