KUALA LUMPUR: Tiupan seruling dan beberapa instrumen lain sentuhan Mohram dijangka mampu memberi kelainan dalam konsert Salaam Sami Yusuf yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, dekat sini pada 4 Julai depan.
Salah seorang anggota Mohram iaitu Ramli berkata, elemen tempatan akan disuntik sebagai muzik latar konsert berkenaan bagi memenuhi permintaan Sami.
“Sami seorang yang suka kepada budaya dan muzik tempatan terutama di lokasi yang dia lakukan persembahan. Sebab itulah kami akan pastikan ciri-ciri tempatan ini diberi keutamaan dalam konsertnya nanti,” katanya kepada mStar Online.
Selain Ramli, Mohram yang turut dianggotai oleh Mohar ini sebenarnya mempunyai pengalaman luas mengiringi persembahan penyanyi tersebut termasuklah di beberapa negara Timur Tengah dan Eropah.
Kata Ramli, atas faktor itu mereka yakin tidak berhadapan dengan masalah untuk melakukan kolaborasi dengan penyanyi tersebut.
“Sami adalah seorang yang benar-benar merendah diri dan amat mencintai muzik. Albumnya di Turki dan Mesir telah terjual melebihi 3 juta unit.
Ramli (Mohram) bersama Sami Yusuf |
Sementara itu, wakil agensi pengiklanan dan promosi Shu Ellis Communications, Shuhainie Shamsudin berkata, Sami tidak hanya akan membuat persembahan di negara ini sebaliknya terlebih dahulu akan menghiburkan peminatnya di Singapura.
Ia akan diadakan pada 8 Julai depan di Singapore Indoor Stadium.
Katanya, untuk kedua-dua konsert berkenaan, Sami akan turut bergandingan dengan Datuk Siti Nurhaliza bagi mempopularkan lagu duet mereka iaitu “You Come To Me.”
“Ramai yang beranggapan Sami Yusuf mungkin ada persamaan dengan Maher Zain tetapi sebenarnya muzik yang bakal beliau bawa adalah berbeza,” jelasnya.
Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan dijual serendah RM55 sehingga RM295 dan boleh dibeli dengan melayari www.airasiaRedtix.com.
Bagi pelajar, diskaun sebanyak 15 peratus akan diberi dengan pembelian melalui www.unic.my
Untuk maklumat mengenai tiket konsert boleh hubungi talian 03-87754666.
its good concert in malaysia......
ReplyDelete